PERKAKASAN (HARDWARE) :
Perkakasan (hardware) komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device). Antaranya ialah :
Motherboard :
Papan induk, juga dikenali sebagai papan utama (mainboard MoBo) atau papan sistem (systemboard), merupakan pusat atau papan litar bercetak (printed circuit board) utama yang terdiri daripada sistem eletronik rumit, seperti komputer.
Komputer biasa dibina dengan mikropemproses, ingatan komputer utama, dan komponen asas lain pada papan induk. Komponen lain komputer seperti ruang simpan luaran (external storage), litar pengawal bagi paparan video dan bunyi, dan perkakasan persisian (peripheral device) biasanya dilekatkan pada papan induk melalui kabel atau penyambung.
l Kompenen paling utama
l Diperbuat daripada papan litar bercetak (pcb)
l Perumah kepada cpu dan cip cip sokongan lain
l Terdapat banyak litar litar elektronik , perintang dan kapasitor
l Terdapat soket CPU dan GPU
l Terdapat soket RAM
l Terdapat soket pelabuhan (port)
RAM (random access memory )
Ingatan capaian rawak atau random access memory (RAM) ialah sejenis bentuk storan data komputer. Lazimnya ia merupakan gabungan beberapa litar bersepadu di atas satu modul. Modul ingatan ini kemudian dimasukkan ke slot RAM di atas papan induk.
Jumlah kapasiti pada sesuatu modul RAM itu biasanya gandaan dari angka dua. Manakala unit ukuran yang digunakan untuk mengukur RAM pula ialah Megabait (MB). 1 MB bersamaan dengan 100 Kilobait (KB). Contoh kapasiti modul RAM ialah 64 MB, 128 MB dan 256 MB. Kebanyakan papan induk mempunyai sekurang-kurangnya 2 slot modul ingatan. Ini membolehkan beberapa modul ingatan dimasukkan di atas papan induk (bank ingatan). Teknologi “saluran duaan” berteraskan kepada dua modul yang kecil untuk membentuk satu kapasiti yang besar. Ini membolehkan capaian data pada kadaran yang lebih cepat. Misalnya untuk memiliki jumlah sebanyak 512 MB, kadar capaian data untuk dua keping modul 256 MB adalah lebih cepat berbanding dengan satu memori modul sebanyak 512 MB.
Kegunaan ;
Kegunaan utama RAM adalah untuk menyimpan maklumat-maklumat sementara yang sedang digunakan oleh aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan. Oleh itu, RAM hanyalah ingatan sementara dan akan terpadam apabila komputer ditutup berbanding dengan cakera keras atau cakera optik yang mempunyai ingatan secara kekal. RAM digunakan kerana ingatan (memory) sementara tersebut boleh dicapai dengan rawak dangan kadar yang lebih pantas. Oleh itu, lebih besar ruang (diukur dengan Bait) dan kelajuan (diukur dengan Hertz) sesuatu RAM sangat mempengaruhi potensi sesebuah komputer.Jumlah kapasiti yang lebih besar diperlukan dalam perisian-perisian CGI, permainan berkomputer dan simulator. Ini adalah kerana perisian tersebut lebih banyak menyimpan ingatan sementara.
Kebaikan
Antara kebaikan RAM ialah pengendalian aplikasi yang lebih lancar dan juga mempunyai kadar perpindahan data yang lebih tinggi berbanding dengan cakera keras.
Joy Stick dan Games Paddle :
Alat ini biasa digunakan pada permainan (games) komputer. Joy Stick biasanya berbentuk tongkat, sedangkan games paddle biasanya berbentuk kotak atau persegi, diperbuat dari plastik dilengkapi dengan tombol-tombol yang akan mengatur gerak suatu objek dalam komputer.
Scanner :
Scanner adalah sebuah alat yang dapat berfungsi untuk “copy” atau menyalin gambar atau teks yang kemudian disimpan ke dalam memori komputer. Dari memori komputer selanjutnya, disimpan dalam hard disk ataupun “floppy disk”. Fungsi scanner ini mirip seperti mesin fotocopy, perbezaannya adalah mesin fotocopy hasilnya dapat dilihat pada kertas sedangkan scanner hasilnya dapat ditampilkan melalui monitor terlebih dahulu sehingga kita dapat melakukan perubahan atau modifikasi dan kemudian dapat disimpan kembali dalam bentuk “file text” ataupun folder gambar. Scanner yang biasa digunakan untuk melakukan scan lembar jawaban komputer adalah SCAN IR yang biasa digunakan untuk LJK (Lembar Jawapan Komputer) pada ulangan umum dan Ujian Nasional. Scan jenis ini terdiri dari lampu sensor yang disebut Optik, yang dapat mengenali jenis pensil 2B. Scanner yang beredar di pasaran adalah scanner untuk menyalin gambar atau gambar dan biasanya juga dilengkapi dengan OCR (Optical Character Recognition) untuk menyalin objek dalam bentuk teks.
Mikrofon Dan Headphone :
Unit masukan ini berfungsi untuk merakam atau memasukkan suara yang akan disimpan dalam memori komputer atau untuk mendengarkan suara. Dengan mikropon, kita dapat merakam suara ataupun dapat berbicara dengan orang yang kita inginkan. Penggunaan mikropon ini tentunya memerlukan peringkat yang berfungsi untuk menerima input suara iaitu sound card dan speaker untuk mendengarkan suara.
Pencetak
Pencetak adalah salah satu peranti keluaran yang berkeupayaan untuk menghasilkan laporan dan dokumen perniagaan. Pencetak telah dibangunkan dan berkebolehan mencetak sehingga 150 hingga lebih 20,000 baris per minit dengan setiap baris mempunyai hingga 150 aksara. Kiraan ringkas menunjukkan kelajuan cetakan maksimum adalah dalam anggaran 50,000 aksara persaat.
Pencetak boleh mencetak atas kertas biasa atau atas borang satu atau berbilang salinan yang disediakan khas seperti invois, alat tulis, label, cek, bil dan lain-lain borang bertujuan khas yang digunakan dalam perniagaan dan industri. Ia boleh cetak teks dan grafik dalam bentuk hitam putih atau warna.
Tetikus (mouse)
Jenis-jenis tetikus bebola berwayar.
Tetikus ialah peranti input ke computer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.
Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengendalian tetingkap ( Window ) seperti Microsoft Windows, Linux dan lain-lain. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan atur cara penerbitan meja. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.
Input tetikus juga biasanya digunakan untuk domain atur cara penggunaan yang khusus. Dalam grafik tiga dimensi interaktif, gerakan tetikus seringnya ditukar secara langsung menjadi perubahan orientasi kamera maya. Misalnya, dalam permainan genre penembak diri pertama, pemain biasanya menggunakan tetikus untuk mengawal arah yang dihadap oleh "kepala" pemain maya. Menggerakkan tetikus ke arah atas skrin akan menyebabkan pemain melihat ke atas dan mendedahkan pemandangan di atas kepala pemain.
“Mouse”, nama tetikus dalam bahasa Inggeris, dicipta oleh Institut Penyelidikan Stanford dan berasal daripada persamaan model tetikus yang awal (yang memiliki kord pada bahagian belakang peranti yang kelihatan seolah-olah ekor) dengan tikus. Penerbitan perkataan “mouse” pertama yang diketahui adalah dalam terbitan “Computer-Aided Display Control” oleh William English pada tahun 1965.
Jenis-jenis tetikus :
Pada masa kini terdapat beberapa jenis tetikus yang dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri ciri fizikal dan keupayannya seperti :-
- Tetikus bebola dengan wayar.
- Tetikus bebola tanpa wayar.
- Tetikus optik dengan wayar.
- Tetikus optik tanpa wayar.
- mengikut pautan sebagai balasan kepada klik butang primer;
- memunculkan menu konteks tindakan alternatif untuk pautan itu sebagai respons kepada klik butang sekundar; dan
- selalunya membuka halaman pautan di dalam tab atau tetingkap baharu sebagai respons kepada klik butang tertier (tengah).
Bagaimanapun fungsi tetikus asas masih sama dan biasanya boleh dibahagikan kepada empat aktiviti utama, iaitu :
- Klik atau klik tunggal – untuk membuat pilihan yang tertentu pada skrin papa
- Dwiklik – untuk membuka dokumen atau memulakan program.
- Klik kanan – untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin komputer.
Kebaikan dan kelemahan tetikus :
Kebaikan :
Tetikus memudahkan pengendalian perisian tetingkap. Pengguna tidak lagi perlu memudik menu yang berjela untuk melakukan pelbagai fungsi. Tetikus mudah dipelajari dan mempunyai fungsi yang piawaian.
Tetikus tahan lama dan memerlukan penyelenggaraan yang mudah. Hanya perlu di cuci secara berkala. Tetikus memerlukan liang sambungan yang piawai.
Kelemahan tetikus :
Tetikus memerlukan ruang yang rata dan luas untuk digunakan.Penggunaan tetikus untuk waktu yang lama secara berpanjangan akan menimbulkan tekanan kepada pergelangan tangan.Tetikus berbola perlu dibersihkan secara berkala untuk memastikan pergerakan yang lancar dan tidak tersekat-sekat.
Keyboard :
Keyboard merupakan unit input yang paling penting dalam suatu pengolahan data dengan komputer. Keyboard dapat berfungsi memasukkan huruf, angka, karakter khusus serta sebagai media bagi user (pengguna) untuk melakukan perintah-perintah lainnya yang diperlukan, seperti menyimpan “file” dan membuka “file”. Penciptaan keyboard komputer berasal dari model mesin ketik yang diciptakan dan dikeluarkan oleh Christopher Latham pada tahun 1868, Dan pada tahun 1887 dipasarkan oleh perusahan Remington. Keyboard yang digunakanan sekarang ini adalah jenis QWERTY, pada tahun 1973, keyboard ini diresmikan sebagai keyboard standard ISO (International Standar Organization). Jumlah tombol pada keyboard ini berjumlah 104 tuts. Keyboard sekarang yang kita kenal memiliki beberapa jenis port, yaitu port serial, ps2, usb dan wireless.
Display Card / Kad Paparan :
Di dalam sebuah komputer terdapat perlbagai kad Adapter. Setiap kad adapter mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan. Misalnya kad Adapter Monochrome yang digunakan pada monitor monochrome. Kad Adapter Color Graphic yang digunakan untuk mempamirkan grafik dan teks.
Kad Adapter Enhanced Grafik (EGA) ini dicipta oleh IBM (International Business Machines) untuk mengatasi kritikal yang ditunjukkan kepada kad adapter Warna Grafik (Color Graphics Adapter - GCA) yang dikatakan masih kurang memuaskan dari segi kualiti paparannya. Kad Adapter Video Grafik Array (VGA) boleh memaparkan sebanyak 256 warna serentak dan dengan paparan resolusi tinggi bagi teks.
Kad-kad ini disambungkan ke “motherboard” menggunakan slot-slot tambahan yang terdapat di “motherboard”. Slot-slot ini juga dikenali sebagai Bus slot yang berfungsi sebagai alamat bagi “motherboard”. Terdapat sembilan (9) lubang pada kabel penyambungnya.
Jenis-jenis Display Card :
Terdapat empat jenis “display card” seperti di bawah:
i. Dual Mode Display - 16 warna / 9 pin.
ii. Monochrome Display - 1 warna / 9 pin.
iii. VGA Display - 640x480 pixels / 15 pin.
iv. SVGA Display - 1024x768 pixels / 15 pin.
CPU :
Di dalam sebutan English CPU bermaksud “Central Processing Unit” atau Unit Pemprosesan Pusat. Melalui maksud tersebut kita akan dapat gambaran maksud sebenar CPU iaitu pusat utama atau ‘ibu pejabat’ bagi sesebuah komputer untuk melaksanakan segala arahan computer. Kebanyakkan dari kita menyebut “processor”.
Istilah unit pemprosesan pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat yang penting di dalam komputer, seperti cache dan pengawal input/output. Ini merujuk kepada komputer yang menggunakan cip mikropemproses moden. Fungsi-fungsi tersebut (cache, dan kawalan input/output) disertakan di dalam litar bersepadu.
Kebiasaanya, pembekal/pengeluar komputer meja sering menggunakan istilah CPU untuk merujuk kepada kotak atau badan komputer (unit sistem) dan kandungannya. Penggunaan CPU di sini adalah kurang tepat dan mengelirukan.
Reka bentuk CPU sering disebut sebagai seni bina CPU.
No comments:
Post a Comment